Monday, October 29, 2012

Aku Yang Masih Bujang



Aku Yang Masih Bujang
Beruntunglah bagi diri mu wahai kaum hawa yang sudah berumah tangga.
Bersukurlah pada illahi yang telah menemukan jodohmu lebih awal.
Berterima kasihlah pada kaum adam yang sudi menjadikan diri mu bidadari.
Sedangkan aku masih menanti giliran ntah kan ada ntah kan tidak aku berserah pada yang maha esa.
Insyallah apa yang ditakdirkan buat aku akan aku usaha realisasikan sebaik-baik takdir yang Allah swt tentukan buat aku.

Aku hawa yang masih bujang bukan memilih dalam mencari pasangan hidup.
Aku mempunyai hak untuk merancang hidup ku.
Biarpon aku sedar aku hanya mampu merancang dan hidup ku ini hanya Allah swt yang menentukan tentulah yang terbaik buat diriku.
Apa yang dilihat hanya pada luaran sahaja tidak penahkah kau merasa ingin selami aper yang terkandung didalam diri aku?.

Sebuah perasaan perlukan perhatian ini adalah keperluan pada insan yangg punya hati dalamnya miliki perasaan.
Aku hawa yang masih bujang juga ada angan-angan.
Sebuah keluarga yang disulami ikatan cinta hingga lahir benih dari cinta yang kami pupuk cinta kami kerana Allah swt.

Maafkan diriku wahai kaum adam yang telah ku tolak cintanya.
Kalau dah namanya cinta lahirnya dari sekeping hati dan sebuah perasaan tinggi benar tarafnya tidak terbuka buat kamu janganlah kau marah padaku.
Jika Allah swt berkehendakkan kita bersatu kita pasti akan bertemu pada satu pandangan dan hanya hati berbicara.

Bukan aku takut setelah melihat permasalahan yang dilalui pada mereka yang sudah berumah tangga baik dari sebelah kaum hawa mahupun dari kaum adam.
Pasti ada cara atasi setiap masalah yang berlaku.
Manusia sentiasa inginkan yang terbaik untuk mencapai tahap terbaik usaha perlulah dipertingkatkan.
Sebelum kita menginginkan pasangan kiter berubah untuk kebaikan diri kita pertama sekali haruslah berubah.

Aku hawa yang masih bujang tak penah putus asa
Aku percaya Allah swt sentiasa bersama aku...


      ~Siti Noraisah~



      
 Hanya pada-Mu ku bersujud
                                                                 4.30 pagi waktu tempatan Malaysia la..!!!                              

No comments: