Aku Yang Masih Bujang
Beruntunglah bagi diri mu wahai kaum hawa yang sudah
berumah tangga.
Bersukurlah pada illahi yang telah menemukan jodohmu
lebih awal.
Berterima kasihlah pada kaum adam yang sudi menjadikan
diri mu bidadari.
Sedangkan aku masih menanti giliran ntah kan ada ntah
kan tidak aku berserah pada yang maha esa.
Insyallah apa yang ditakdirkan buat aku akan aku usaha
realisasikan sebaik-baik takdir yang Allah swt tentukan buat aku.
Aku hawa yang masih bujang bukan memilih dalam mencari
pasangan hidup.
Aku mempunyai hak untuk merancang hidup ku.
Biarpon aku sedar aku hanya mampu merancang dan hidup
ku ini hanya Allah swt yang menentukan tentulah yang terbaik buat diriku.
Apa yang dilihat hanya pada luaran sahaja tidak
penahkah kau merasa ingin selami aper yang terkandung didalam diri aku?.
Sebuah
perasaan perlukan perhatian ini adalah keperluan pada insan yangg punya hati
dalamnya miliki perasaan.
Aku hawa yang masih bujang juga ada angan-angan.
Sebuah keluarga yang disulami ikatan cinta hingga
lahir benih dari cinta yang kami pupuk cinta kami kerana Allah swt.
Maafkan diriku wahai kaum adam yang telah ku tolak
cintanya.
Kalau dah namanya cinta lahirnya dari sekeping hati
dan sebuah perasaan tinggi benar tarafnya tidak terbuka buat kamu janganlah kau
marah padaku.
Jika Allah swt berkehendakkan kita bersatu kita pasti
akan bertemu pada satu pandangan dan hanya hati berbicara.
Bukan aku takut setelah melihat permasalahan yang
dilalui pada mereka yang sudah berumah tangga baik dari sebelah kaum hawa
mahupun dari kaum adam.
Pasti ada cara atasi setiap masalah yang berlaku.
Manusia sentiasa inginkan yang terbaik untuk mencapai
tahap terbaik usaha perlulah dipertingkatkan.
Sebelum kita menginginkan pasangan kiter berubah untuk
kebaikan diri kita pertama sekali haruslah berubah.
Aku hawa yang masih bujang tak penah putus asa
Aku percaya Allah swt sentiasa bersama aku...
~Siti Noraisah~ |
Hanya pada-Mu ku bersujud
4.30 pagi waktu tempatan Malaysia la..!!!